Sejarah yob4ever

Last update: 10/12/2002

Inilahlah rekabentuk laman web ketika diawal penerbitan dalam bulan Oktober 2000. Ia dibina secara spontan seminggu sebelum perlawanan akhir Piala Malaysia diantara Perak dan Negeri Sembilan. Kira bidan terjun le semasa nak buat tu. Idea pun ikut mana yang terlintas dikepala. Kurangnya pengetahuan didalam pembinaan laman web oleh WM menjadikan laman web ini agak kurang berisi. Masa tu PC pun pakai Cyrex punya procecor. Semua berita dan gambar main copy dari internet je. Ketika itu ada sebuah laman web berkenaan bola sepak Perak (Bahasa Inggeris) yang telah dibina sejak 1998. Dipercayai dibina oleh Die Hard. Namum ianya tidak diupdate lagi dan kini alamat web tersebut tidak dapat dikesan lagi.

2001.. reka bentuk telah diubahsuai sedikit dengan memasukan warna kuning sebagai warna back ground. Berita masih diambil dari internet sebab belum ada kaki kat Ipoh yang nak supply berita. Beli scanner sebab nak ambil gambar majalah dan akhbar dan juga beli Video Capture Card untuk ambil gambar dari TV, CD atau Video. Banyak juga kena keluar duit sendiri masa ni nak beli benda-benda tu. Di pertengah musim 2001 salah seorang dari AJK kelab peminat telah menghubungi WM dan bersedia untuk menyediakan berita terkini dari Ipoh. Dah kena belajar mengarang pulak, sedangkan menaip pun tak pas lagi. Pertengahan musim juga WM telah membeli sebuah Digital Kamera Nikon Cool Pix 800 ketika menjalani latihan di Jepun selama 2 minggu. Tapi sayang kamera tersebut tidak boleh merakam objek yang bergerak laju.


Musim 2002 muka depan (awal musim)

Musim 2002 muka dalam (awal musim)

2002 sekali lagi rekabentuk laman web telah diubah. Banyak maklumat berkaitan Pasukan Perak telah diperolehi. Kewujudan laman web rasmi PAFA juga  telah mengubah format laman web ini lebih kepada laman web peminat setelah beberapa pengunjung mencadangkan perkara tersebut. Sebelum itu WM bercadang untuk menghentikan operasi laman web selepas laman web rasmi wujud. Berita dan gambar yang disiarkan adalah dari hasil kerja sendiri WM dan rakan-rakan yang sering mengujungi laman web ini.


Musim 2002 front page (pertengahan musim)

Musim 2002 muka dalam (pertengahan musim)

Terlalu banyak gambar yang dimasukan  keserver menyebabkan kapasiti 20 GB ruang yang dibekalkan telah digunakan sehingga ke paras maksima. Satu lagi tapak baru telah didaftarkan bagi meneruskan perjalan laman web ini. Berita semasa Kelayakan Piala Malaysia 2002 telah dimasukan ke tapak yang baru ini sehingga berita ke penghujung musim 2002. Ketika ini juga logo rasmi Laman web ini telah dihasilkan oleh WM sendiri. KL/SPARK telah menyumbangkan RM 100 bagi membatu kos operasi laman web ini pada Aug 2002. Salah seorang pengunjung  Saudara Ghazali dari Meru, Klang yang berasal dari Ipoh telah menyumbangkan RM50 pada Nov 2002. Kos mengendalikan laman web ini mencecah RM800~900 setahun untuk musim 2002. Ini adalah termasuk kos up grade PC dan membeli peralatan tambahan komputer.


Musim 2003 front page

Musim 2003 muka dalam

2003 - Bagi menggelakkan masalah server penuh dipertengahan musim, sebuah tapak baru telah didaftarkan untuk musim 2003. Bagaimana pun kos pengendalian laman web 2003 akan dikurangkan semaksima yang boleh dengan mengharapkan banyak maklumat dan gambar dapat dihantar oleh rakan yang berada disekitar Ipoh. WM juga akan meminimakan bilangan  dari terpaksa turun ke Stadium Ipoh memandangkan jarak di antara Lembah Klang dan Ipoh yang agak jauh.